Friday 23 September 2016

Tonton Online Drama Tentang Hati 2 Full Episod


Tonton Online Drama Tentang Hati 2 Full Episod | Drama Tentang Hati 2 adalah merupakan kesinambungan bagi Drama Tentang Hati yang tergantung pada pengakhiran episod . Drama tentang Hati telah ditayangkan pada tahun 2014 . Drama Tentang Hati 2 bersiaran 3 hari iaitu setiap Selasa hingga Khamis jam 9 malam di TV2. 

Masih mengekalkan Aaron Aziz dan Fasha Sandha sebagai peneraju utama tetapi tempat Anzalna telah digantikan dengan Sherry Ibrahim .  Selain itu , drama ini turut dilakonkan oleha Rusdi Ramli, dan Syakilla Khoriri. 


Tonton Online Drama Tentang Hati 2 Full Episod

Sinopsis Drama Tentang Hati 2

Drama Tentang Hati 2 mengisahkan pemuda yang bernama Zakuan yang telah berkahwin dengan Azia yang merupakan seorang pemilik resort di Port Dickson . Tetapi kemudiannya Zakuan telah  menikahi Syireen atas pilihan keluarganya. Azia yang berkawan rapat dengan Umar dari kecil menjadikan perkahwinannya dengan Zakuan hanya diketahui Umar sahaja . Pada masa yang sama , ibu Umar inginkan Azia menjadi menantunya . Jadi , Azia dan Umar terpaksa mencari pelbagai helah kerana tidak mahu rahsia Azia terbongkar.


Tonton Online Drama Tentang Hati 2 Full Episod



Apabila Zakuan berkahwin dua , maka timbullah konflik dalam kedua-dua rumahtangganya kerana dia juga menyayangi Syireen dan Azia dalam masa yang sama. Nak tahu lebih lanjut , Tonton Online Drama Tentang Hati 2 Full Episod sebagai kesinambungan Drama Tentang Hati sebelum ini dengan klik link yang disediakan di bawah .







Read more

Wednesday 21 September 2016

Sinopsis Filem Volkswagen Kuning Dan Kisah Misteri Disebaliknya


Sinopsis Filem Volkswagen Kuning  Dan Kisah Misteri Disebaliknya | Esok 22 September adalah hari pertama tayangan filem seram berjudul Volkswagen Kuning . Filem terbitan David Teo ini menampilkan Pekin Ibrahim dan Atikah Suhaimie sebagai pelakon utama dan dibantu oleh pelakon-pelakon hebat lainnya .

Filem Volkswagen Kuning dihasilkan berinspirasikan kisah seram Volkswagen kuning yang sering muncul di lebuhraya Karak dan juga Ipoh . Setiap pemandu yang bersimpang dengan wolkswagen kuning ini pasti perasan bahawa kereta itu sebenarnya tiada pemandu . Pun begitu , kereta itu tidak pernah mengganggu pemandu lain . Yang pasti , kereta yang kemalangan disebabkan wolkwagen kuning ni adalah kerana pemandunya yang mengalami ketakutan yang tidak dapat dikawal .


Sinopsis Filem Volkswagen Kuning  Dan Kisah Misteri Disebaliknya

Kisah Volkswagen Kuning


Berikut adalah pengalaman mereka yang pernah terjumpa Volkswagen kuning di lebuhraya Karak dan juga Ipoh malah ada juga yang mengatakan kisah seperti wolkswagen kuning ini juga wujud di lebuhraya Pagoh .

Volkswagen Lebuhraya Ipoh

Menurut cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut , Volkswagen kuning , ia milik seorang hartawan, yang tinggal di sekitar Ipoh beberapa puluh tahun dahulu. Bagaimanapun, hartawan itu terbunuh selepas kereta tersebut terbabas lalu terjunam ke dalam gaung. Sejak itulah kereta Volkswagen Kuning sering menjelma di kawasan berkenaan.

Kata Roslan, pukul 11.30 malam awal tahun 2000, dia memandu kereta Kancilnya mendaki Bukit Meru, Jelapang, Perak. Ketika itu dia dalam perjalanan dari rumahnya di Ipoh menuju ke rumah mentua di Kuala Kangsar.
Di pertengahan bukit, Roslan dapati ada sebuah kereta di belakangnya. Kereta itu begitu laju, lampunya terang menyuluh jalan. Anehnya, ia tidak memotong, sebaliknya hanya bersaing saja dengan kereta Roslan.
"Saya mula bengang. Saya cakap, kalau nak potong, potonglah. Jangan nak main-main," cerita Roslan kepada saya.
Oleh kerana kereta itu masih juga tidak memintasnya, Roslan menoleh ke arah kereta tersebut. Hanya sebuah Volkswagen Kuning yang sudah buruk. Roslan melihat pula pemandunya. Dia terperanjat. Kosong. Kereta itu bergerak tanpa pemandu!
"Ketika itu saya terus teringat cerita orang tentang kereta Volkswagen Kuning di Bukit Meru," kata Roslan.
Setelah 10 saat bersaing, akhirnya kereta kuning itu beransur-ansur perlahan dan ditinggalkan jauh. Roslan terus memandu sampailah ke penghujung terowong Bukit Meru yang sepanjang satu kilometer.
Alangkah terkejutnya Roslan, sewaktu menuruni bukit, tiba-tiba dia melihat kereta Volkswagen kuning itu sudah berada di hadapannya. Roslan terus memotong, kali ini dia tidak berani melihat pemandunya.
"Sewaktu berada hampir di penghujung bukit, sekali lagi saya terperanjat sebab kereta itu muncul lagi buat kali ketiga di hadapan saya. Saya terus potong. Memang seram… kalau saya panik, memang terbabas dan masuk ke dalam gaung. Lepas kejadian itu barulah saya percaya cerita-cerita orang tentang misteri Volkswagen Kuning di Bukit Meru," kata Roslan.

Volkswagen versi Karak


Berbalik kepada kisah misteri Volkswagen Kuning, saya sebenarnya berasa pelik apabila kemudiannya mendapat tahu, jelmaan kereta tersebut juga dilihat di Lebuh Raya Karak. Para pengguna lebuh raya tersebut yang berulang alik ke Pantai Timur cukup maklum dengan cerita tersebut.
Kononnya kereta itu sering muncul di terowong Genting Sempah. Sama sepeti yang dialami oleh Roslan di Bukit Meru, kereta itu menjelma secara tiba-tiba dan ghaib juga secara tiba-tiba selepas menunjukkan diri kepada mangsanya.
Ini menimbulkan persoalan, versi manakah yang benar? Adakah kisah tersebut bermula di Perak, kemudian diciplak lalu dibawa ke Lebuh Raya Karak? Atau, ia sebenarnya berasal dari Karak, tetapi kemudian versi itu dikembangkan ke Perak? Atau memang ia secara kebetulan berlaku di kedua-dua tempat?
Kisah Volkswagen Kuning ini hanyalah satu daripada sekian banyak cerita misteri yang berlegar di sepanjang Lebuh Raya Karak. Antara cerita yang paling popular ialah, kononnya di situ pernah berlaku seorang lelaki dimakan oleh 'sesuatu' di atas bumbung keretanya. Kejadian itu disaksikan sendiri oleh isteri lelaki tersebut.

Sinopsis Filem Volkswagen Kuning  Dan Kisah Misteri Disebaliknya


Apabila kisah misteri wolkswagen kuning dijadikan sebuah filem , sudah tentu garapan dan jalan ceritanya penuh dengan suspen dan adegan yang mendebarkan . Bukan sekadar pelakon yang menjiwai watak malah kesan khas juga sangat membantu bagi menghasilkan filem seram yang benar-benar membuatkan penonton sentap dan kerap terkejut serta menjerit .

Sinopsis Volkswagen Kuning


Filem 'Volkswagen Kuning' ini mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

Bagi anda yang mahu merasai sendiri pengalaman wolkswagen kuning , jangan lupa serbu pawagam berdekatan beramai-ramai untuk menyaksikan filem Volkswagen kuning pada 22 September ya .

Read more

Sunday 18 September 2016

Sinopsis Filem ALIFF DALAM 7 DIMENSI


Sinopsis Filem Aliff Dalam7 Dimensi | Filem Aliff Dalam 7 Dimensi telah berada di pawagam pada 8 September lepas . Bagi anda yang belum menyaksikannya , Astro First telah membawakan kepada anda filem ini ke skrin tv . Mungkin tahun depan , anda dah boleh menyaksikannya di Astro Citra pula .

Sinopsis Filem ALIFF DALAM 7 DIMENSI


Filem Aliff Dalam 7 Dimensi merupakan sebuah filem bergenre aksi seram yang penuh mistik . Skrip ditulis oleh Anwari Ashraf / Ashraf Zain dan diarahkan oleh Faisal Ishak dan dilakonkan oleh barisan pelakon seperti Izzue Islam, Julianna Evans, Alif Satar, Kaka Azraff, Man Kadir, Hasnul Rahmat, Aleza Shadan .


SINOPSIS ALIFF DALAM 7 DIMENSI


Mengisahkan tentang Aliff Lamin seorang pelajar universiti yang mewarisi saka peliharaan keluarganya. Aliff memiliki kelebihan luar biasa dalam melihat dan mendengar entiti paranormal dari demensi lain. Aliff cuba menyembunyikan kelebihannya itu dari pihak lain, namun kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya. Mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti. Suatu hari, dia bertemu Zul yang mempunyai keupayaan yang sama sepertinya, tetapi tidak seperti Aliff, Zul menggunakan saka tersebut untuk mengalahkan makhluk-makhluk ghaib untuk mendapat lebih kuat. Aliff bimbang tindakan Zul menyebabkan semangat makhluk ghaib menjadi lebih agresif, lalu dia memutuskan untuk menghentikan perbuatan Zul itu. Malangnya Aliff kalah dan kehilangan sakanya. Tanpa saka, mampukah Aliff menghalang Zul yang semakin dahagakan kuasa?


Read more

Saturday 17 September 2016

Kisah Menakjubkan Tuan Guru Haron Din Terima Dan Belanjakan RM 1 Juta


Kisah Menakjubkan Tuan Guru Haron Din Terima Dan Belanjakan RM 1 Juta | Orang yang berilmu , perginya meninggalkan segala kisah kebaikan . Maka marilah kita panjangkan kebaikan Tuan Guru Hron Din semasa hayatnya sebagai panduan dan renungan bersama .


Kisah Menakjubkan Tuan Guru Haron Din Terima Dan Belanjakan RM 1 Juta


Cerita Almarhum Tuan Guru Haron Din Kepada Kami….

Saya sempat belajar dgn almarhum di Darul Syifa’ Bangi sekitar tahun 2009 bersama ustaz Al Rania dan ustaz Ihsan Abdullah. Almarhum TGHD seorang yg sangat merendah diri dan terlalu sedikit cintakan dunia bahkan ikhlas dlm merawat pesakit, walaupun individu tersebut dari ideologi parti berbeza.
.
Pernah almarhum bercerita kepada kami para pelajar. Kisah beliau pernah menasihati satu pasangan yg mana si isteri hampir menggugurkan kandungannya kerana belum bersedia menerima cahaya mata (kalau tak silap saya). Pasangan ini daripada keluarga berada. Hasil nasihat dan teguran dari almarhum, pasangan ini membatalkan niat utk menggugurkan kandungan. akhirnya mereka mendapat cahaya mata yang sihat dan sempurna.
.
Lalu si suami menjemput almarhum untuk mentahnik dan memberi nama kepada anak tadi kerana terhutang budi dgn almarhum. Selesai tahnik, si suami menyerahkan sampul kepada almarhum, katanya sedikit sumbangan ikhlas. Almarhum berkeras menolak namun si suami tetap mahu memberi.
.
Setelah pulang, beberapa lama kemudian barulah almarhum teringat pada sampul yg diberikan tadi. Sebelum buka sampul, terdetik dalam hati ” mungkin RM100 atau lebih sikit”. Namun apa yg memeranjatkan, isi sampul tersebut adalah sekeping cek yg tertera RM 1,000,000.00!!!
.
Almarhum telefon kepada si suami tadi dgn mengandaikan beliau tersilap, tp si suami mengatakan memang beliau berniat utk memberinya kepada almarhum. “Ustaz gunalah duit tersebut utk apa2 pun”.
.
Lalu almarhum teringat tentang janji beliau beberapa bulan sebelum itu di sebuah masjid di Langkawi. Pihak AJK masjid memaklumkan, kos utk membina masjid baru adalah berjumlah RM1.4 juta. Ketika itu almarhum kata, “saya tak dak jumlah sebanyak tu. kalau saya ada, saya mesti bagi”. Teringatkan janji tersebut almarhum terus menyerahkan cek tersebut kepada pihak masjid. Mereka begitu gembira bahkan berkali2 berterima kasih kepada almarhum. Kata almarhum, “bukan saya, tp ada seorang lelaki yg bagi cek ni pada sy. Saya tlg sampaikan saja”.
.
Akhirnya masjid td berjaya disiapkan. Pada majlis perasmian masjid, almarhum mengajak si suami td menemani beliau ke Langkawi. Dalam ucapan beliau, almarhum memperkenalkan kepada penduduk tempatan ttg lelaki yg memberikan cek RM 1 juta kpd beliau. Si suami td terkejut. ” Ustaz guna duit tu utk masjid?” Soal beliau terkejut. Almarhum hanya tersenyum.
.
Moral of story, almarhum berpesan kepada kami para pelajar, org agama tidak perlu kejar dunia. Jika mereka ikhlas, insya Allah dunia yg akan kejar mereka. Kisah ini saya ingat sampai sekarang. Semoga Allah SWT menempatkan almarhum di sisi para anbiya’ dan solihin.
.
Credit: *Abu Anas Mohamad Lutfi*

Read more

Friday 16 September 2016

Dr. Haron Din Dikebumikan Di California


Dr. Haron Din Dikebumikan Di California | Sepertimana yang kita ketahui , Ustaz Datuk Dr Haron Din telah pergi ke rahmatullah pada hari Jumaat 16 September 2016 di California , Amerika . Beliau yang dikenali sebagai antara pejuang PAS bersama allahyarham Tuan Guru Nik Aziz telah memulakan pembelajarannya di Mesir . 


Dr. Haron Din Dikebumikan Di California


Anak lelaki Allahyarham, Najimi telah membuat kenyataan rasmi di akaun Facebook rasmi Allahyarhamnazah Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din . Jenazah beliau selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, Santa Clara kira-kira jam 6 petang waktu California (9 pagi waktu Malaysia) .


Dr. Haron Din Dikebumikan Di California


Berikut adalah gambar perkuburan Tuan Guru Ustaz Haron Din di California , Amerika Syarikat . Ihsan dari anaknya Dr Huda
.

Dr. Haron Din Dikebumikan Di California


Dr. Haron Din Dikebumikan Di California


Dr. Haron Din Dikebumikan Di California

Untuk sesiapa yang singgah Livermore..bolehlah ziarah pusara baba ya..Tuu... Kokde dah boh number lot BB-69. Jalan terus ke penghujung jalan masuk.. Sebelah kanan ya... Tiada binaan batu batuan cuma tanda nama.. Amat sederhana.. Seperti juga baba semasa hayatnya

Semoga pokok yang ditanam itu hidup subur dan memayungi serta berzikir untuknya di sana . Semoga Allah menepatkan belau di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh ... Al Fatihah .

Sebelum itu, jasad Allahyarham Tuan Guru Haron Din dimandikan dan dikafankan di Masjid An Noor Santa Clara pada jam 11.40 pagi (2.40 pagi waktu Malaysia). Solat jenazah pula dilakukan selepas solat jumaat kira-kira jam 2.21 petang (5.21 pagi waktu Malaysia) di Masjid Muslim Community Association yang diimamkan sendiri anak lelakinya, Hamidi Haron.

Allahyarham Tuan Guru Haron Din meninggal dunia kira-kira jam 10.05 pagi semalam pada usia 76 tahun di Hospital Stanford University Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung yang kritikal. Allahyarham disemadikan di bumi Carlifornia bersesuaian dengan amanatnya sebelum ini yang mahu disemadikan di tempat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Khatijah Salleh dan lima cahaya mata.



Read more

Thursday 15 September 2016

Tonton Online Drama Cinta Masam Manis Full Episod


Tonton Online Drama Cinta Masam Manis Full EpisodOrangetree Production Sdn Bhd telah membawakan drama bersiri terbaharu berjudul 'Cinta Masam Manis' untuk slot Akasia  setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.58 . Drama sebanyak 24 episod ini diarahkan oleh pengarah tersohor iaitu Eoon Shuhaini. 

Drama Cinta Masam Manis telah mengandingkan Zamarul Hisham dan Izara Aishah sebagai tonggak utama. Turut dibintangi oleh Raja Ilya, Sweet Farhanna, Shah Jaszle, Nur Alis Maria dan ramai lagi. 


Tonton Online Drama Cinta Masam Manis Full Episod


LAGU TEMA / OST CINTA MASAM MANIS

Lagu : Hingga Ke Jannah
Penyanyi : KRU


SINOPSIS CINTA MASAM MANIS


Mengisahkan Hisham seorang duda yang mempunyai dua orang anak iaitu Hanna, 18 tahun dan Hanis, 12 tahun. Bekas isterinya, Tasha meninggalkan beliau untuk meneruskan kejayanya di luar negara. Sejak dari itu, keutamaan diberikan kepada anaknya dan mendapati dirinya sukar untuk jatuh cinta lagi sehinggalah dia bertemu dengan Zaleha. Zaleha adalah seorang gadis muda ceria yang 20 tahun lebih muda daripada Hisham. Kedua-dua mereka jatuh cinta tetapi terperangkap dalam konflik di antara anak-anak, keluarga dan bekas isteri.

Tonton Online Drama Cinta Masam Manis Full Episod


Jika anda mahu mengetahui kisah selanjutnyaTonton Online Drama Cinta Masam Manis Full Episod dengan klik link di bawah :






Read more

Wednesday 14 September 2016

Tonton Online Drama Abang Sado Boleh Beres Full Episod


Tonton Online Drama Abang Sado Boleh Beres Full Episod | Drama baru di slot Iris berjudul Abang Sado Boleh Beres telah mula disiarkan pada 13 September . Drama ini diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Khalid Nadzri. Memenuhi di slot Iris pada setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di TV3.

 Tonton Online Drama Abang Sado Boleh Beres Full Episod


Drama Abang Sado Boleh Beres telah dilakonkan oleh Reen Rahim, Julia Ziegler, Sabhi Saddi, Ezzaty Abdullah, Acap Jamaludin dan ramai lagi. 


SINOPSIS ABANG SADO BOLEH BERES


Mengisahkan Rahul, Rayyan dan Fariz, adalah pemilik kepada sebuah gim. Berbagai-bagai insiden berlaku di gim mereka setiap hari. Salah satu adalah apabila seorang janda bernama Rozita ingin bersenam di gim mereka tetapi masalah timbul apabila Rozita tidak mempunyai tempat untuk meninggalkan anak-anaknya. Maka mereka bercadang untuk membuka pusat asuhan budak semata-mata untuk memudahkan pelanggan gim mereka. berbagai lagi insidan lucu & menarik berlaku di gim mereka sepertu kemunculan artis popular menyebabkan gim mereka riuh-rendah.


Tonton Online Drama Abang Sado Boleh Beres Full Episod


Kepada korang yang nak tahu lebih lanjut , boleh Tonton Online Drama Abang Sado Boleh Beres Full Episod dengan klik link di bawah .



Read more

Tuesday 13 September 2016

Tonton Online Drama Abang Bomba I Love You Full Episod


Tonton Online Drama Abang Bomba I Love You | Drama terbaru adaptasi novel Abang Bomba I Love You karya Mia Kiff Azlisha telah menemui penonton di Astro Ria bermula pada 12 September . Drama bersiri 16 episod ini diarahkan oleh  MP Roslin dibawah penerbitan Global Station Sdn Bhd. 



Tonton Online Drama Abang Bomba I Love You Full Episod


Drama Abang Bomba I Love You menyaksikan gandingan baru Hisyam Hamid dan Amira Othman sebagai teraju utama drama. Barisan artis yang turut menjayakan drama Abang Bomba I Love You seperti hisyam Hamid sebagai Rayqal , Amira Othman sebagai Lily , Nadya Syahera sebagai Mawar ,
Jaslin Puasa sebagai Haziq dan Najua Pramlee sebagai Wani .



LAGU TEMA / OST ABANG BOMBA I LOVE YOU

Tajuk : Jaga-Jaga
Artis : Amira Othman

SINOPSIS ABANG BOMBA I LOVE YOU


Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.


Tonton Online Drama Abang Bomba I Love You Full Episod


Untuk mengetahui kisah lanjut , korang boleh je Tonton Online Drama Abang Bomba I Love You Full Episod dengan klik link di bawah 






Read more

Friday 9 September 2016

Tonton Online Drama Razia Sultan Full Episod



Tonton Online Drama Razia Sultan Full Episod | Drama Razia Sultan Diinspirasikan daripada kisah sejarah Razia Sultan . Drama ini bersiri sebanyak 85 episod telah diterbitkan oleh Swastik Productions dari Mumbai, India .

Drama Razia Sultan turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Pankhuri Awasthy, Zara Barring, Sooraj Thapar, Khalida Turi, Sambhavna Seth serta Ankit Arora.

Drama Razia Sultan’ telah mula ditayangkan pada 31 Ogos 2016 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang di TV3.


Tonton Online Drama Razia Sultan Full Episod


Sinopsis Drama Razia Sultan



Drama Razia Sultan ini mengisahkan tentang Razia, anak perempuan kepada Shams-Ud-Din Iltumish dan juga cucu kepada Qutub-Ud-Din Aibak. Beliau dibesarkan seperti seorang anak lelaki dan dilatih untuk menguasai ilmu pedang dan menunggang kuda. Pada usia yang muda, Razia telah menunjukkan minat dalam hal ehwal politik dan bercita-cita untuk memperjuangkan hak sama rata antara lelaki dan perempuan. 
Razia juga merupakan seorang Puteri yang berjiwa rakyat dan pemurah hati. Beliau selalu menyelinap keluar dari istana untuk membantu golongan miskin pada zaman kanak-kanak. 

Konflik bermula apabila Shah Turkan iaitu bekas perempuan simpanan Iltumish muncul bersama dengan anak lelakinya untuk merebut kuasa. Shah Turkan ingin menjadikan anaknya sebagai pewaris takhta. Iltumish berjaya menggagalkan muslihat tersebut dengan mengisytiharkan pemerintah Delhi yang seterusnya akan ditentikan dengan pertarungan. Pemenang tersebut akan menjadi pemerintah kerajaan Delhi baharu. 

Beberapa pertarungan yang hebat telah berlaku sehingga menyaksikan Nasser dan Rukn-Ud-Din yang berlawan untuk takhta pemerintahan Delhi. Sayangnya, Nasser telah dikalahkan oleh Rukn-Ud-Din. Razia mengesyaki Shah Turkan bertanggungjawab ke atas kekalahan abangnya, Nasser. Beliau berusaha untuk membuktikan bahawa Shah Turkan telah menggunakan helah untuk mengalahkan Nasser. 

Tergugat dengan kewujudan Razia dan Naseer, Shah Turkan telah merancang untuk membunuh seluruh keluarga diraja itu bagi memastikan hanya anaknya yang layak menjadi  pewaris takhta kerajaan Delhi. Suatu hari, Razia terkejut apabila menjumpai mayat abang serta seluruh keluarganya.

Tonton Online Drama Razia Sultan Full Episod


Apakah yang akan terjadi kepada Razia? Bagaimana Razia mengatasi kehilangan seluruh ahli keluarganya dan bangkit untuk melawan Shah Turkan dan Rukn-Ud-DinBagi anda yang mahu mengetahui kisah lanjut dan melihat kehebatan lakonan serta jalan cerita Drama Razia Sultan , anda boleh Tonton Online Drama Razia Sultan Full Episod dengan klik link di bawah .









Read more