Sunday 18 September 2016

Sinopsis Filem ALIFF DALAM 7 DIMENSI


Sinopsis Filem Aliff Dalam7 Dimensi | Filem Aliff Dalam 7 Dimensi telah berada di pawagam pada 8 September lepas . Bagi anda yang belum menyaksikannya , Astro First telah membawakan kepada anda filem ini ke skrin tv . Mungkin tahun depan , anda dah boleh menyaksikannya di Astro Citra pula .

Sinopsis Filem ALIFF DALAM 7 DIMENSI


Filem Aliff Dalam 7 Dimensi merupakan sebuah filem bergenre aksi seram yang penuh mistik . Skrip ditulis oleh Anwari Ashraf / Ashraf Zain dan diarahkan oleh Faisal Ishak dan dilakonkan oleh barisan pelakon seperti Izzue Islam, Julianna Evans, Alif Satar, Kaka Azraff, Man Kadir, Hasnul Rahmat, Aleza Shadan .


SINOPSIS ALIFF DALAM 7 DIMENSI


Mengisahkan tentang Aliff Lamin seorang pelajar universiti yang mewarisi saka peliharaan keluarganya. Aliff memiliki kelebihan luar biasa dalam melihat dan mendengar entiti paranormal dari demensi lain. Aliff cuba menyembunyikan kelebihannya itu dari pihak lain, namun kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya. Mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti. Suatu hari, dia bertemu Zul yang mempunyai keupayaan yang sama sepertinya, tetapi tidak seperti Aliff, Zul menggunakan saka tersebut untuk mengalahkan makhluk-makhluk ghaib untuk mendapat lebih kuat. Aliff bimbang tindakan Zul menyebabkan semangat makhluk ghaib menjadi lebih agresif, lalu dia memutuskan untuk menghentikan perbuatan Zul itu. Malangnya Aliff kalah dan kehilangan sakanya. Tanpa saka, mampukah Aliff menghalang Zul yang semakin dahagakan kuasa?


Load disqus comments

0 comments