Friday 16 September 2016

Dr. Haron Din Dikebumikan Di California


Dr. Haron Din Dikebumikan Di California | Sepertimana yang kita ketahui , Ustaz Datuk Dr Haron Din telah pergi ke rahmatullah pada hari Jumaat 16 September 2016 di California , Amerika . Beliau yang dikenali sebagai antara pejuang PAS bersama allahyarham Tuan Guru Nik Aziz telah memulakan pembelajarannya di Mesir . 


Dr. Haron Din Dikebumikan Di California


Anak lelaki Allahyarham, Najimi telah membuat kenyataan rasmi di akaun Facebook rasmi Allahyarhamnazah Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din . Jenazah beliau selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, Santa Clara kira-kira jam 6 petang waktu California (9 pagi waktu Malaysia) .


Dr. Haron Din Dikebumikan Di California


Berikut adalah gambar perkuburan Tuan Guru Ustaz Haron Din di California , Amerika Syarikat . Ihsan dari anaknya Dr Huda
.

Dr. Haron Din Dikebumikan Di California


Dr. Haron Din Dikebumikan Di California


Dr. Haron Din Dikebumikan Di California

Untuk sesiapa yang singgah Livermore..bolehlah ziarah pusara baba ya..Tuu... Kokde dah boh number lot BB-69. Jalan terus ke penghujung jalan masuk.. Sebelah kanan ya... Tiada binaan batu batuan cuma tanda nama.. Amat sederhana.. Seperti juga baba semasa hayatnya

Semoga pokok yang ditanam itu hidup subur dan memayungi serta berzikir untuknya di sana . Semoga Allah menepatkan belau di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh ... Al Fatihah .

Sebelum itu, jasad Allahyarham Tuan Guru Haron Din dimandikan dan dikafankan di Masjid An Noor Santa Clara pada jam 11.40 pagi (2.40 pagi waktu Malaysia). Solat jenazah pula dilakukan selepas solat jumaat kira-kira jam 2.21 petang (5.21 pagi waktu Malaysia) di Masjid Muslim Community Association yang diimamkan sendiri anak lelakinya, Hamidi Haron.

Allahyarham Tuan Guru Haron Din meninggal dunia kira-kira jam 10.05 pagi semalam pada usia 76 tahun di Hospital Stanford University Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung yang kritikal. Allahyarham disemadikan di bumi Carlifornia bersesuaian dengan amanatnya sebelum ini yang mahu disemadikan di tempat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Khatijah Salleh dan lima cahaya mata.



Load disqus comments

0 comments