Friday 9 September 2016

Tonton Online Drama Razia Sultan Full Episod



Tonton Online Drama Razia Sultan Full Episod | Drama Razia Sultan Diinspirasikan daripada kisah sejarah Razia Sultan . Drama ini bersiri sebanyak 85 episod telah diterbitkan oleh Swastik Productions dari Mumbai, India .

Drama Razia Sultan turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Pankhuri Awasthy, Zara Barring, Sooraj Thapar, Khalida Turi, Sambhavna Seth serta Ankit Arora.

Drama Razia Sultan’ telah mula ditayangkan pada 31 Ogos 2016 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang di TV3.


Tonton Online Drama Razia Sultan Full Episod


Sinopsis Drama Razia Sultan



Drama Razia Sultan ini mengisahkan tentang Razia, anak perempuan kepada Shams-Ud-Din Iltumish dan juga cucu kepada Qutub-Ud-Din Aibak. Beliau dibesarkan seperti seorang anak lelaki dan dilatih untuk menguasai ilmu pedang dan menunggang kuda. Pada usia yang muda, Razia telah menunjukkan minat dalam hal ehwal politik dan bercita-cita untuk memperjuangkan hak sama rata antara lelaki dan perempuan. 
Razia juga merupakan seorang Puteri yang berjiwa rakyat dan pemurah hati. Beliau selalu menyelinap keluar dari istana untuk membantu golongan miskin pada zaman kanak-kanak. 

Konflik bermula apabila Shah Turkan iaitu bekas perempuan simpanan Iltumish muncul bersama dengan anak lelakinya untuk merebut kuasa. Shah Turkan ingin menjadikan anaknya sebagai pewaris takhta. Iltumish berjaya menggagalkan muslihat tersebut dengan mengisytiharkan pemerintah Delhi yang seterusnya akan ditentikan dengan pertarungan. Pemenang tersebut akan menjadi pemerintah kerajaan Delhi baharu. 

Beberapa pertarungan yang hebat telah berlaku sehingga menyaksikan Nasser dan Rukn-Ud-Din yang berlawan untuk takhta pemerintahan Delhi. Sayangnya, Nasser telah dikalahkan oleh Rukn-Ud-Din. Razia mengesyaki Shah Turkan bertanggungjawab ke atas kekalahan abangnya, Nasser. Beliau berusaha untuk membuktikan bahawa Shah Turkan telah menggunakan helah untuk mengalahkan Nasser. 

Tergugat dengan kewujudan Razia dan Naseer, Shah Turkan telah merancang untuk membunuh seluruh keluarga diraja itu bagi memastikan hanya anaknya yang layak menjadi  pewaris takhta kerajaan Delhi. Suatu hari, Razia terkejut apabila menjumpai mayat abang serta seluruh keluarganya.

Tonton Online Drama Razia Sultan Full Episod


Apakah yang akan terjadi kepada Razia? Bagaimana Razia mengatasi kehilangan seluruh ahli keluarganya dan bangkit untuk melawan Shah Turkan dan Rukn-Ud-DinBagi anda yang mahu mengetahui kisah lanjut dan melihat kehebatan lakonan serta jalan cerita Drama Razia Sultan , anda boleh Tonton Online Drama Razia Sultan Full Episod dengan klik link di bawah .









Load disqus comments

0 comments