Tuesday 7 June 2016

Tonton Onlie Drama Cinta 11 Syarat Full Episod



Tonton Onlie Drama Cinta 11 Syarat Full EpisodDrama Cinta 11 Syarat merupakan sebuah drama yang diadaptasi dari sebuah novel karya Muna Mahirah ditayangkan di Astro Prima bermula semalam , 6 Jun 2016 setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang ditayangkan di Maya HD juga . 

Drama cinta 11 syarat diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd ini merupakan arahan pengarah Keoi Hj Khalid dan dibintangi oleh Aqasha sebagai Irham Zahri dan Bella Dally sebagai Rania Baheera. 

Tonton Onlie Drama Cinta 11 Syarat Full Episod


Sinopsis Drama Cinta 11 Syarat
Rasya yang menyinggah ke rumah mak saudara diperkosa abang sepupu yang tertekan kerana baru putus cinta dengan kekasihnya Rita. Rasya pula hanya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan orang lain sehinggalah disahkan mengandung. Dia masih lagi tidak buka mulut dan menyembunyikan identiti perogol sehingga  ayahnya menggunakan kekerasan (melibas dengan rotan) untuk memaksanya. Rasya bernasib baik kerana mak dan adik-adik menyayangi dan masih menerima dia. 

Tidak lama kemudian muncul Haziq a.k.a Komeng yang ingin melindunginya dan sanggup menerima Rasya sebagai isteri. Haziq merupakan musuh Rasya masa zaman sekolah dahulu. Perkahwinan mereka mendapat tentangan emak Haziq kerana dia tahu keadaan Rasha. Walaupun sudah berkahwin, Rasya sukar menerima Haziq kerana sering teringat kisah silam antara mereka. Haziq bersungguh-sungguh tanpa putus asa cuba memikat isterinya. Bila dah timbul bunga-bunga cinta, abang sepupunya pula hadir untuk bertanggungjawab dan berlaku perebutan hak penjagaan anak. Tetapi lebih menyedihkan, Rasya mengalami keguguran masa kandungan berusia 7 bulan setengah.

Rasya ingin menyambung pengajian, namun Haziq akan membenarkan jika dia terima beberapa syarat yang mana Rasya tidak boleh elak jika ingin habiskan pengajiannya itu. Apakah syaray-syarat tersebut? 

Tonton Onlie Drama Cinta 11 Syarat Full Episod

Jika anda mahu Tonton Onlie Drama Cinta 11 Syarat Full Episod , sila klik link di bawah ini .

Load disqus comments

0 comments