Thursday, 12 May 2016

Tonton Online Drama Duda Terlajak Laris Full Episod


Tonton Online Drama Duda Terlajak Laris Full Episod  |  Drama terbaru adaptasi novel Duda Terlajak Laris karya Aifa Batrisya bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama Duda Terlajak Laris ini diterbitkan oleh Primeworks Studio Sdn Bhd dan diarahkan oleh Fairuz Loy dengan nukilan skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria. 

Tonton Online Drama Duda Terlajak Laris Full Episod


Drama Duda Terlajak Laris menampilkan gandingan Idris Khan, Zara Zya, dan Wawa Zainal sebagai hero dan heroin . Mereka dibantu oleh Bella Nazari, Ikhlas Jalil, Anis Al-Idrus, Kuza Muzaini dan ramai lagi. 

Drama bersiri Duda Terlajak Laris ini mula bersiaran pada 11 April pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6,58 petang di TV3.

SINOPSIS


Mengisahkan seorang lelaki yang bakal memahami erti cinta setelah mensia-siakan perkahwinannya. Zafran Aldrin Kamarulzaman atau Zack (Idris Khan) yang baru berumur 18 tahun dan mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajarannya ke peringkat universiti seperti kakaknya. Dia tidak memikirkan tentang soal jodoh apatah lagi bersedia untuk berkahwin.

Satu malam, kejadian yang tidak pernah dijangka oleh Zack telah berlaku. Abang Bob telah menyuruh Zack pergi ke rumah adik angkatnya untuk menggantikan lampu bilik air di rumah. Malangnya, Zack ditangkap khalwat dengan Pehah (Zara Zya), adik angkat kepada Bob.

Bagaimana kisah seterusnya , korang boleh tengok sendiri Tonton Online Drama Duda Terlajak Laris Full Episod dengan klik link di bawah .

Load disqus comments

0 comments