Idea Menyusun Buah Menjadi Bunga | Buah selalunya dimakan begitu sahaja . Cara itu lebih mudah dan enak sebab dimakan bersama kulit seperti buah epal . Untuk makan sendiri , tak ada salahnya . Pun begitu , ada juga yang rajin , sebelum makan buah , kupas kulit dan potong . Itu lebih nampak sopan dan teratur terutamanya jika dihidangkan untuk tetamu .
Sekiranya anda menggunakan buah untuk hiasan di atas meja makan untuk majlis seperti makan berhidang untuk pengantin , majlis korporat dan lainnya , sudah tentu anda perlu menjadikan buah-buahan di atas meja itu kelihatan menarik .
Seni deko buah ni ada banyak jenis . Antaranya seni ukiran buah , cara mengatur buah dan cara memotong buah . Video menyusun potongan buah menjadi bunga seperti di atas mungkin dapat memberi anda inspirasi untuk menghasilkan dekari buah-buahan .
0 comments