Thursday 8 September 2016

Tonton Online Drama Mariam Alisa Full Episod


Tonton Online Drama Mariam Alisa Full Episod | Drama Mariam Alisa telah disiarkan selama di Slot Lestary TV3. Drama Mariam Alisa yang bersiaran pada setiap Rabu hingga Jumaat jam 9:00 malam ini telah diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd.
Drama sebanyak 13 episod ini telah pelakon-pelakon baru antaranya Elvina, Ben Amir dan Amirul Faqeem dan turut dibantu oleh  barisan pelakon lain seperti Aida Aris, Roy Azman, Nadia Aqilah, Najua PRamlee dan Zalikha Awaluddin.

Tonton Online Drama Mariam Alisa Full Episod


Sinopsis Drama Mariam Alisa Di TV3

Drama Mariam Alisa mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang cantik. Dia tinggal berdua bersama ayahnya yang uzur dan lumpuh. Nama gadis itu Mariam Alisa (Elvina). Ayah Mariam berasa tidak selesa bila dirinya dijaga dan dirawat oleh anak daranya itu. Dia mencadangkan agar Mariam bernikah dengan Ustaz Haiqal memandangkan Ustaz Haiqal kerap melawat kedua beranak ini dan sering membantu Mariam. Biarpun Ustaz Haikal adalah seorang lelaki yang baik, hati Mariam tidak terbuka untuknya atau mana-mana lelaki lain. Ini kerana dia telah serik dipermainkan oleh lelaki yang berada.
Untuk menyara kehidupan dia dan ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung mereka itu. Begitulah rutin kehidupan Mariam setiap hari. Hendak dijadikan cerita, satu hari seorang lelaki bernama Farhan singgah di gerai itu untuk membeli nasi lemak.
Kecantikan Mariam membuatkan lelaki itu terpukau seketika sehingga langsung tidak mendengar pertanyaan Mariam. Mariam menyangkakan lelaki itu pekak. Malah dari cara pemakaian lelaki itu, Mariam membuat andaian lelaki itu adalah seorang yang tidak berada.
Semenjak pertemuan pertama itu, Farhan kerap singgah ke kedai Mariam. Tujuan sebenarnya bukan untuk membeli nasi lemak tetapi kerana ingin melihat Mariam. Mariam pula mula tertarik kepada Farhan, tetapi dia masih tidak tahu bahawa sebenarnya Farhan bukan seorang lelaki yang pekak.
Adakah Farhan akan berterusan berpura-pura pekak? Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini. Benarkah Farhan bukan lelaki berada? Bagaimana pula dengan permintaan ayah Mariam yang inginkan dirinya berkahwin dengan Ustaz Haiqal.

Tonton Online Drama Mariam Alisa Full Episod

Kepada anda yang mahu mengetahui apakah kisah selanjutnya , bolehlah Tonton Online Drama Mariam Alisa Full Episod dengan klik link yang disediakan di bawah .
Load disqus comments

0 comments