Monday 5 September 2016

Sinopsis Drama Adaptasi Novel Abang Bomba I Love You


Sinopsis Drama Adaptasi Novel Abang Bomba I Love You | Drama Abang Bomba I Love You merupakan drama baru yang akan disiarkan di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123 bermula pada 12 September 2016 . Drama Abang  Bomba I Love You merupakan adaptasi dari sebuah novel karya Mia Kiff . Drama bersiri sebanyak 16 episod ini akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam .


Sinopsis Drama Adaptasi Novel Abang Bomba I Love You


SINOPSIS ABANG BOMBA I LOVE YOU


Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?


Load disqus comments

0 comments