Saturday, 21 May 2016

Video Khai Bahar Artis Smule Yang Makin Popular



Video Khai Bahar Artis Smule Yang Makin Popular | Khai Bahar mula dikenali apabila dia beraksi di aplikasi Smule dan menjadi viral apabila berduet bersama penyanyi Siti Nordiana . Suaranya yang sangat power dengan nada tinggi , nyaring dan ringan , menjadikan Khai Bahar dikenali dengan sekelip mata . Sebelum wujudnya aplikasi Smule , Khai Bahar sudah menaik turun klip videonya di youtube .

Video Khai Bahar Artis Smule Yang Makin Popular

Kini , apabila aplikasi Smule diperkenalkan , Bakat suara Khai Bahar pula semakin menyerlah sehinggakan ramai yang mahu bernyanyi bersamanya . Khai Bahar yang baru berusia 22 tahun ini sangat humble orangnya sehinggakan dia tidak memilih siapa yang boleh feat dengannya .

Bakatnya yang hebat itu bukan sahaja diiktiraf di Malaysia malah di luar negara seperti negara jiran Indonesia sehingga masuk ke dalam program tv Silet di stesen tv RCTI . Kini Khai Bahar yang mendapat jolokan suara emas itu semakin popular malah dapat menandingi bakat penyanyi realiti tv yang sedia ada .

Sebelum ini Khai Bahar sudah menyertai uji bakat program realiti tv seperti akademi fantasia namun nasib tidak menyebelahi dia. Kini , beliau mendapat tawaran merekodkan album bersama NAR Records .



Selain menyanyi , khai bahar yang memiliki nama penuh Muhamad Kahirul Baharudin juga boleh bermain gitar dengan baik . Korang boleh pergi ke channel Muhamad Khairul di youtube milik Khai Bahar untuk menonton semua lagu dendangannya juga petikan gitarnya .

Load disqus comments

0 comments