Friday, 13 May 2016

Tutorial Video Resepi Cara Buat Florenta Crunchy



Tutorial Video Resepi Cara Buat Florenta Crunchy | Florenta Crunchy merupakan kudapan rangup berasaskan kekacang seperti biji labu , biji bunga matahari dan sebagainya . Kudapan ini bukan sekadar enak malah ianya berkhasiat kerana protein yang terkandung dalam kekacang . Ianya sesuai dengan pengamal vegetarian untuk nutrisi seharian mereka .





Resepi Mudah Florenta Crunchy


Tutorial video cara membuat florenta crunchy di atas adalah untuk memudahkan anda memahami cara-cara membuat florenta crunchy langkah demi langkah . Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlu sediakan .

Bahan-bahan :

1 pack Tepung Florenta

Kuaci 200 gm

Biji labu hijau 200 gm

Badam keping 200 gm

Kacang tanah keping 200 gm

Bijan hitam 100 gm
Bijan putih 100 gm



Cara-caranya :




1. Sediakan bekas tupperware yang besar .



2. Masukkan semua kekacang dalam bekas tupperware yang mahal tu .


3. Masukkan kesemua tepung florenta .

4. Gaul-gaul sedikit bahan-bahan dengan sudu atau senduk .

5. Tutup tupperware dengan penutupnya . Tutup rapat-rapat .

6. Goncang-goncang tupperware untuk sebatikan tepung florenta tadi .

7. Dah boleh masukkan kedalam bekas acuan aluminium foil .

8. Sukatan 3/4 sudu makan sahaja . Nipis nanti customer kata kedekut kalau tebal sangat kita rugi dan susah nak kopek lepas bakar .

9. Bakar dengan suhu rendah . Oven kecil 100-110 degree & kalau oven industri 150 atas bawah .

10. Bakar selama 25-30 minit . Lebih garing lebih tahan lama tapi jangan sampai rentung .

11. Dah garing keluarkan dari oven , biarkan sejuk dalam 5 minit , kemudian keluarkan dengan menekan-nekan atau mengetuk-ngetuk manja .

12. Tunggu betul-betul sejuk dan bolehlah di pack .

13. Lepas pack , ambil gambar dan update kat FB pastu taip Florenta Crunchy untuk di jual ... Saya doakan bisnes anda maju . InsyaAllah . 


Load disqus comments

0 comments