Wednesday 25 May 2016

Sinopsis Drama Adaptasi Novel 7 Hari Menyintaiku


Sinopsis Drama Adaptasi Novel 7 Hari Menyintaiku | Novel 7  Hari Mencintaiku yang ditulis oleh Siti Rosmizah akan dijadikan sebauh drama dengan memilih Syukri Yahya sebagai hero dan Siti Saleha sebagai heroin . 

Drama adaptasi novel 7 Hari Menyintaiku ini dijadualkan akan ditayangkan dalam slot Akasia di TV3 pada bulan November nanti . Pasti peminat karya Siti Rosmiza tidak sambar menunggu garapan drama ini di skrin tv .


Sinopsis Drama Adaptasi Novel 7 Hari Menyintaiku


Sinopsis Drama Adaptasi Novel 7 Hari Menyintaiku


Novel ini menceritakan Khuzairi yang mencintai  Mia Adriana dari zaman sekolah lagi. Mencintai tidak semestinya harus memiliki. Mia Ardiana seorang gadis yang sombong dan sifat angkuhnya membuatkan Khuzairi tidak berani meluahkan perasaannya. Namun Setelah sekian lama terpisah mereka dipertemukan kembali. Kini Mia seorang Lawyer dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama papanya Dato megat Idrus. Mia yang telah bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil.

Tan Sri Johari, papa Khalil telah berhutang dengan sejumlah wang yang besar dengan keluarga Mia. Khalil pula berjanji akan membayar sejumlah wang tersebut di hari pernikahannya. Wang tersebut penting, Jika Khalil tidak membayar sejumlah wang tersebut pada hari pernikahan, Lesen dan firma guaman Mia akan di tutup kerana pecah amanah. Namun Pada hari pernikahannya Khalil tidak menghadirkan diri  sebagai pengantin lelaki malah Khalil lari kerana rela menjadi pak sanggup kerana wang ringgit. Kerana terlalu terkejut Dato Megat diserang sakit jantung dan mengamanahkan Khuzairi menerima Mia sebagai isteri dengan rela hati. Demi menutup malu dan amanah yang diberi diterima dengan rela hati tetapi tidak pada Mia yang mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot. MIa terpaksa menerima hakikat hidupnya yang dia tidak ada apa-apa lagi setelah segala kesenangan yang dimiliki hilang dalam sekelip mata. Di kampung terlalu banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui. Kerana kesombongan Mia dia dibenci oleh mak mertua dan adik ipar ( Helmi ). Pelbagai cara mak mertuanya dan Helmi cuba mengusir dan memisahkan khuzairi dan Mia tetapi gagal. Khuzairi melayan kerenah isterinya dan kadang kala tersepit antara mak dan isteri .

Khuzairi menutup hatinya untuk Mia bila Mia tegar meninggalkan anak yang baru lahir. Diwaktu itu Khuzairi rasa dirinya terlalu hina hingga Mia sanggup melakukan perkara itu padanya. Mia mula tersedar dan insaf bila Buntat sepupu Khuzairi yang seorang budak yang lembab menolongnya dari kengkaman Khalil hingga nyawa dipertaruhkan. Buntat meninggal dunia. Selepas itu Puan Roziah meninggal dunia kerana sakit. Dari situ Mia cuba untuk berubah. Dalam mia ingin berubah , Mia dikhabarkan dengan satu berita Khuzairi bakal berkahwin dengan Syakila sepupu Khuzairi. Mia nekad dalam masa 7 hati dia ingin merebut cinta Khuzairi dan membetulkan keadaan sebelum dia pergi membawa diri ke UK. Dalam masa 7 hari dia terlalu banyak dugaan baginya 7 hari tak lama. Mia menggunakan waktu itu dengan sebaik mungkin. Dengan pertolongan bapa mertuanya dan Sofie sepupunya yang paling rapat segala rancangannya terlaksana.


Load disqus comments

0 comments