Tonton Online Drama Satu Cinta Full Episod | Sempena Ramadhan ini , semalam TV1 telah membawakan drama khas bertemaka Ramadhan untuk menjadi pengajaran kepada semua . Drama tersebut berjudul Satu Cinta .
Drama Satu Cinta yang mengandungi sebanyak 30 episod telah diterbitkan oleh JS Pictures Sd.Bhd. dan diarahkan oleh Jinggo akan bersiaran pada jam 7.00 malam setiap hari dalam slot Widuri .
Azrel Ismail dan Dayana Roza digandingkan sebagai hero dan heroin drama ini . Antara barisan pelakon lain yang turut membintangi Drama Satu Cinta yang akan disiarkan setiap hari adalah Sasqia Dahuri, Hafeez Mikail, Fiza Abdul Halim, Hairiyanto, Emma Akma, Zarina Zainuddin, Ku Faridah, Julia Farhana, Adam Lee, Lias Mizza, Zalfa Zin, Iskandar Syahidan, Dania Erisha, Gya Natasya dan Farzana Latiff.
Sinopsis
Drama Satu Cinta mengisahkan tentang seorang ibu yang bernama Fauziah bersama anaknya Umairah. Mereka berdua tinggal di rumah Nek Yam di mana Fauziah bekerja sebagai orang gaji. Di rumah itu Nek Yam tinggal bersama anaknya Zailan, isteri Zailan yang bernama Yati dan anak mereka Faris dan Naina.
Nek Yam mempunyai seorang lagi anak yang merupakan seorang ibu tunggal bernama Zila. Walaupun Zila tinggal berasingan tetapi dia tidak menyenangi kehadiran Fauziah dan Umairah. Pelbagai helah dibuat Zila untuk menyingkirkan Fauziah dan Umairah dari rumah itu.
Tonton Online Drama Satu Cinta Full Episod
Kepada anda yang teruja untuk Tonton Online Drama Satu Cinta Full Episod , sila klik link di bawah .
No comments:
Post a Comment